Salam..
Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang wanita kulit hitam yang bernama
Ummu Mahjan... Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan
masjid... Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan...
Selang beberapa hari, apabila Rasulullah SAW tidak melihatnya di masjid,
dan bertanya kepada para sahabatnya, barulah dikhabarkan bahawa Ummu
Mahjan telah meninggal dunia...
Rasulullah SAW menegur para sahabat r.a. yang tidak memaklumkan
kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan... Lalu Rasulullah dan para
sahabat pergi ke kubur Ummu Mahjan, lalu berdiri dan solat jenazah di
atas kuburnya...
Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya.... Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! PEKERJAAN APAKAH YANG PALING BERNILAI DALAM AMALANMU?".... Rasulullah diam sejenak.... Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa PEKERJAAN MEMBERSIHKAN MASJID ADALAH PEKERJAAN YANG PALING BERNILAI DI SISI ALLAH... Allah berkenan MENDIRIKAN RUMAH UNTUKNYA DI SYURGA dan dia kini beristirehat di dalamnya."...

Semoga Allah Azzawajalla
merahmati Ummu Mahjan r.a. yang meskipun seorang wanita tua yang miskin
dan lemah, tetapi tetap berperanan sesuai dengan kemampuannya....
Beliau adalah contoh bagi kaum muslimin dalam bahawa tidak boleh
menganggap mudah suatu amal sekalipun kecil.. Semoga Ummu Mahjan,
mendapat ampunan dan rahmat dari Allah SWT....
PENGAJARAN: Sesungguhnya perkerjaan MEMBERSIH, MENGEMAS, MENGURUS DAN MENGIMARAH MASJID adalah suatu pekerjaan mulia, dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah... Sepatutnya kelapangan masa yang ada, patutlah diguna untuk kerja di atas sebagai bekalan untuk kita kembali kepada Allah.... Daripada bersenam kerana hendak mengelurkan peluh, sihat dan panjang umur, bukankah lebih baik datang membersihkan masjid, berpeluh pun boleh, sihat pun boleh, jaminan ganjaran di sisi Allah pun dapat...