Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Luahan kisah cinta di lahirkan bagi membicarakan kehidupan manusia memerlukan cinta kepadaNYA. Segala kisah berbicara tentang islam akan cuba di kongsikan di laman blog ini.
Luahan kisah cinta buat suami yang menghargai penggorbanan isteri atau sebaliknya boleh sahaja rasa penghargaan dan kenangan itu buahkan dalam laman ini mungkin ada sukar di luahkan tapi melalui maya anda bisa melakukannya.
Luahan kisah cinta pada hampir putus cinta juga amat di galakkan berkongsi cerita, pengalaman di sini. Jangan sesekali hanyutkan diri kalian dalam arus membunuh diri kerana cinta. Kegagalan bukan untuk gagal selama-lamanya mungkin dengan cara mewujudkan blog ini dapat menghilangkan resah di hati anda. Luahkan kisah cinta anda di sini sama ada si dia tahu atau tidak itu hak anda.
Apa sahaja Luahan kisah cinta anda baik kepada ibu bapa, hobi pendek kata ia di sudut positif dan anda benar-benar sukai maka luahkan kisah cinta anda di sini.
Semoga luahan kisah cinta anda akan menjadi inspirasi cinta buat admin dan para pembaca yang lain.
p/s: Kehidupan ini bukan untuk bersedih tapi untuk belajar bersyukur, nikmati dan hargai sepanjang waktu.
KOPRATASA ~ KITA INI TETAMU SENJA
(Puisi A. Samad Said - 1955
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan