14 Februari 2014

Bukan Kerana Gemuk



Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Hari ini kongsikan satu medium saya dapat medan buku jom  baca dan amati isi yang ingin di lontarkan.

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).




2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.


12 Februari 2014

4 Amalan Selamat Dari Siksa Kubur

Salam..

Hari tetamu senja update ilmu untuk ingatan bersama-sama lagi. Baru sahaja dapat dari laman muka buku sini itu tetamu senja minta izin muat naik dalam belog ini.

Abu Laits as-Samarqandi rahimahullahu ta’ala berkata, kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1] Hendaklah ia menjaga solatnya
2] Hendaklah dia rajin membaca Al-Quran
3]
Hendaklah rajin bersedekah
4]
Hendaklah dia memperbanyakkan memnaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya...

Apapun empat perkara yang perlu dijauhi ialah:-
 
1] Jangan suka berbohong (berdusta)
2] Jangan mengkhianati
3] Jangan mengadu-domba (Jangan suka mencucuk sana cucuk sini, menimbulkan kebencian dan permusuhan sesama orang Islam)
4] Jangan kencing sambil berdiri. 


Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing (yang tidak bersih).." [Hadith Riwayat Muslim]

KUBUR ITU TIDAK MEMANDANG APAKAH ORANG ITU ORANG MISKIN, ORANG KAYA, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, KUBUR AKAN MELAYAN SESEORANG ITU MENGIKUT AMAL SOLEH yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.... Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T...

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat MENJAWAB SETIAP SOALAN YG DIKEMUKAKAN oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita MENGHAFAL di mulut.... Sebab, YANG AKAN MENJAWAB soalan malaikat itu, adalah AMALAN SOLEHNYA SENDIRI, bukan mulutnya...

6 Februari 2014

Menghadap, Tunduk Dan Mengaku

Salam..

Seperti yang di janjikan gambar ini ambil dari laman sensawang. 

Mari kita lihat apa yang  tetamu senja ingin kongsikan kepada anda semua:-


Sakit teruk sekalipun, kanser tahap apa pun, terbaring tidak berdaya itu bukan alasan bagi kita untuk tidak Mengadap Tunduk Dan Mengaku pada Dia satu. Kita di sisinya sama sahaja cuma membezakan adalah amalan. Tetamu senja amat mengharpkan kita yang sering leka dunia akan bangkit dan jangan sesekali tinggalkan perkara yang satu ini.

Pedih kalau anda berani meninggalkannya. Takutkan pada azab seksanya, gerunkan akan lahar yang bakal menjulang, sejukkah bahan tubuh kita di hangitkan nanti alam bazar.

Bangkitlah wahai hati..

Lupakan enak dunia manisnya hanya sementara. Kau di sini bukan untuk berziarah tetapi sebagai lakonan untuk hadapanNYA nanti.

1 Februari 2014

Luahan Kisah Cinta dan Kita Ini Tetamu Senja

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Luahan kisah cinta di lahirkan bagi membicarakan kehidupan manusia memerlukan cinta kepadaNYA. Segala kisah berbicara tentang islam akan cuba di kongsikan di laman blog ini.

Luahan kisah cinta buat suami yang menghargai penggorbanan isteri atau sebaliknya boleh sahaja rasa penghargaan dan kenangan itu buahkan dalam laman ini mungkin ada sukar di luahkan tapi melalui maya anda bisa melakukannya.



Luahan kisah cinta pada hampir putus cinta juga amat di galakkan berkongsi cerita, pengalaman di sini. Jangan sesekali hanyutkan diri kalian dalam arus membunuh diri kerana cinta. Kegagalan bukan untuk gagal selama-lamanya mungkin dengan cara mewujudkan blog ini dapat menghilangkan resah di hati anda. Luahkan kisah cinta anda di sini sama ada si dia tahu atau tidak itu hak anda.

Apa sahaja Luahan kisah cinta anda baik kepada ibu bapa, hobi pendek kata ia di sudut positif dan anda benar-benar sukai maka luahkan kisah cinta anda di sini.

Semoga luahan kisah cinta anda akan menjadi inspirasi cinta buat admin dan para pembaca yang lain.

p/s: Kehidupan ini bukan untuk bersedih tapi untuk belajar bersyukur, nikmati dan hargai sepanjang waktu.


KOPRATASA ~ KITA INI TETAMU SENJA
(Puisi A. Samad Said - 1955

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan


Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat